Rabu, 11 April 2012

KATA-KATA SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH



Ilmu itu adalah lebih baik daripada harta kerana :-

1)      Ilmu adalah warisan para Nabi, manakala harta adalah warisan Qarun dan Fir’aun.

2)      Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula, tuannya perlu menjaganya.

3)      Orang yang mempunyai ilmu, ramai sahabatnya.  Manakala orang yang mempunyai harta, ramai musuhnya.

4)      Ilmu itu jika diajarkn,  ia akan bertambah. Manakala harta pula jika dibelanjakan ia akan berkurangan.

5)      Orang yang berilmu diseru dengan nama kebesaran dan kemuliaan. Manakala orang yang berharta pula diseru dengan kecelakaan dan kebakhilan.

6)      Ilmu tidak perlu dijaga daripada pencuri. Manakala harta pula perlu dijaga dari kecurian.

7)      Ilmu dapat memberi manfaat kepada tuannya. Orang yang berilmu dapat memberi syafaat kepada orang lain. Manakala orang yang berharta, akan dihisab pada Hari Kiamat.

8)      Ilmu adalah kekal, manakala harta akan kehabisan dan tidak akan kekal.

9)      Ilmu dapat menerangkan hati. Manakala harta pula dapat mengeraskn hati.

10)   Orang yang berilmu mendakwa kehambaan (bersifat redah diri). Manakala orang yang berharta mendakwa ketuhanan.


Kata Saidina Ali R.A :

من كان فى طلب العلم كانت الجنة فى طلبه
ومن كان فى طلب المعصية كانت النار فى طلبه

Maksudnya :
“ Barangsiapa yang menuntut Ilmu, sesungguhnya syurga itu sentiasa menuntutnya. Barangsiapa yang menuntut maksiat, sesungguhnya neraka itu menuntutnya.”








Rabu, 4 April 2012

KAWAN YANG BAIK DAN KAWAN YANG TIDAK BAIK

Imam al-Ghazali ada menerangkan :

KAWAN yang BAIK dan KAWAN yang TIDAK BAIK

1)  PILIH kawan yang berakal, JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

2)  PILIH kawan yang berakhlak, JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.

3)  PILIH kawan yang soleh, JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

4)  PILIH kawan yang bersederhana, JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah

5)  PILIH kawan yang bercakap benar, JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...