Ahad, 18 Mac 2012

BASAHI LIDAH DENGAN ZIKRULLAH


Apakah yang dimaksudkan dengan ZIKIR ???

Zikir dari segi bahasa ialah melepaskan diri daripada lalai dan lupa  dengan menghadirkan hati atau sedar secara berterusan. Sifat lupa (Arab : Nisian) merupakan kata dasar insan (manusia). Oleh itu manusia merupakan makhluk yang lupa.

Zikir dari segi istilah pula ialah menyebut nama sesuatu dengan hati dan lisan, baik menyebut nama Allah atau sifatNya atau hukumNya atau  perbuatanNya atau menyebut nama para rasulNya, para nabiNya atau berbuat amal kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih, memberi nasihat dan sebagainya. Zikir juga membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah yang mulia.

Zikir dapat dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Adakalanya dengan lisan, dengan hati, dengan anggota dan juga dengan ucapan yang jelas. Dengan kesemuanya ini, seseorang dapat melaksanakan zikir itu dengan sempurna.

 Dalam pengertian tasawuf zikir memaparkan pelbagai pengertian :

1.  Sebutan atau lafaz seperti tahmid (alhamdulillah), tahlil (lailahaillah), takbir (Allahuakbar), tamjid (kata-kata pujian kepada Allah),  istighfar, basmallah iaitu apa jua bentuk sebutan yang mengaitkan manusia dengan Pencipta-nya (Khaliq).
2.  Menyebut dengan lisan dan hati akan sifat-sifat daripada Sifat Allah  seperti  Ar-Rahman (99 kesemuanya).
3.  Melaksanakan hukum daripada hukum Allah. 
4.  Memberi penghormatan kepada para Rasul dan Aulia’ dalam bentuk selawat dan salam.
5.  Membacaal- Quran kerana isi keseluruhannya adalah zikir.
6.  Puisi seperti syair yang ada hubungan dengan Allah seperti syair Jalalluddin Rumi, Mutannabi sebagainya.
7.  Syarahan atau ceramah yang ada kaitan dengan memuji  Allah.
8.  Ibadah yang mengEsakan Allah seperti  solat, zakat, puasa, haji dan sebagainya.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“ Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”
(az-Zariyat : 55)

Hadis Berkenaan dengan Zikir

Hadis 1 :

Dalam sebuah hadis menyebut Saidina Muaz RA berkata bahawa perbincangan yang terakhir sekali yang berlaku di antara Baginda SAW dengannya ialah seperti berikut :

"Semasa aku berpisah dengan Rasulullah SAW dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Allah?"

Sebagai menjawab, baginda SAW bersabda :

"Basahilah lidahmu dengan zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia."

Di dalam sebuah Hadis di riwayatkan bahawa Baginda SAW bersabda :

"Barangsiapa yang didapati padanya empat perkara, nescaya ia akan memperolehi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Pertama, lidah yang sentiasa dibasahi dengan zikrullah. Kedua, hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur. Ketiga, anggota-anggota tubuh yang sentiasa menahan segala penderitaan. Keempat, isteri yang tidak mengkhianati maruahnya dan harta benda suaminya."

Lidah yang basah maksudnya telah pun diterangkan oleh para ulama sebagai memperbanyakkan zikir.

Hadis 2 :

Abu Musa RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Perbandingan orang yang berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati . Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati."

Keterangan :

Setiap manusia mencintai kehidupannya dan setiap orang pula takut mati . Baginda Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa tidak mengingati Allah SWT sungguh pun ia mati, namun keadaannya tidak berbeza dengan keadaan orang yang mati, kehidupannya adalah sia-sia belaka."

Seorang pujangga berbangsa Farsi berkata :

"Kehidupanku itu bukanlah kehidupan pada hakikatnya tetapi kehidupan yang sebenarnya ialah orang yang dapat mencintai kekasihnya."

Sebahagian ulama lain pula mengatakan bahawa perbandingan ini adalah tertuju kepada laba dan ruginya yakni barangsiapa yang menyakiti orang yang berzikir itu adalah seperti orang yang menyakiti orang yang hidup,maka ia pasti akan dibalas dan dia akan menerima akibat perbuatannya itu . Dan barangsiapa yang menyakiti orang yang sudah mati yakni orang yang sudah mati itu tidak boleh bertnidak terhadap orang yang menyakitinya itu .

Para ulama tasawuf mengatakan bahawa yang dimaksudkan daripada kehidupan di sini ialah kehidupan yang kekal abadi yakni orang yang berzikir sebanyak-banyaknya dengan serba ikhlas semata-mata dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah ,tidak akan mati. Bahkan setelah ia pindah dari dunia ini, ia dikira sebagai orang yang hidup jua. Seperti yang ditegaskan di dalam al-Quran akan keadaan orang yang mati syahid:

"Bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya." (Ali Imran 169)

Demikian itu adalah penghidupan yang terkhusus bagi mereka yang berzikir sebanyak-banyaknya.

At-Tirmizi RA pernah berkata:

" Bahawa zikrullah itu melemah-lembutkan hati. Maka apabila hati itu lalai dari mengingati Allah , maka dengan kepanasan nafsu dan api syahwat hatinya itu menjadi keras membatu dan sejurus itu anggota-anggota lainya turut menjadi keras, terhenti dari mentaati dan mematuhi (perintah-perintah Allah). Jika anggota-anggota itu ditarik(untuk diperbaiki) maka pasti akan terpatah seperti kayu yang kering tidak akan bengkok jika dibengkokkannya, hanya diguna untuk membakar sahaja."

Hadis 3 :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

 كلمتان خفيفتان على اللسان ثقيلتنان في الميزان حبيبتان إلى الرحمن سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Dari Abu Hurairah RA katanya :Nabi SAW bersabda : “ Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu Maha Suci Allah dan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.

Keterangan: 

Zikir dalam ertikata sebenarnya adalah suatu cara untuk menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah. Maka segala aktiviti yang tujuannya menyebut, mengingat dan mendekatkan diri kepada Allah dinamakan zikir, seperti solat juga dinamakan zikir.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”
 ( Tahaa: 14 )

 Namun begitu pengertian zikir yang lebih spesifik adalah menyebut nama Allah dengan lisan dan hati. Berzikir dengan lisan dan hati adalah perintah Allah yang mempunyai manfaat yang sangat besar di dunia mahupun di akhirat kelak.

Firman Allah yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.”
 ( Al Ahzab:41)

 Berzikir adalah suatu cara untuk mendekatkan diri hamba kepada Tuhannya. Apabila seorang hamba sudah dekat dengan tuhannya maka segala hajat yang diminta dan diinginkannya pasti termakbul sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang bermaksud: Dan Aku bersamanya bila ia berzikir.
( Hadis Riwayat Muslim )


















Khamis, 15 Mac 2012

10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASAN AL-BANNA


(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.

Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.


(2)
أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.


(3)
اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.

Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.


(4)
لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.

Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.


(5)
لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.


(6)
لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.

Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.


(7)
لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.

Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.


(8)
تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.

Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.


(9)
تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.

Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.


(10)
الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.








Selasa, 6 Mac 2012

SAYYIDUL ISTIGHFAR


قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي، وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ، وَوَعْدِكَ، مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ.) قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
(
صحيح البخاري)


Maksudnya:

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga."
(HR Bukhari)

Pesanan :

Alangkah ruginya kita, jika amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

Manusia selalu dalam keadaan cenderung menyimpang dari jalan yang lurus. Sehingga manusia perlu untuk selalu bertaubat (kembali) kepada Allah dan jalan Allah. Maka Rasulullah S.A.W mengajarkan suatu lafaz doa yang disebut Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Nabi Muhammad SAW memotivasi orang-orang beriman melalui lafaz doa Sayyidul Istighfar. Barangsiapa yang setiap hari membiasakan dirinya membaca doa tersebut dengan penuh keyakinan, maka Nabi S.A.W menjamin pelakunya sebagai penghuni syurga di akhirat kelak.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang,,,

Semoga kita dan kamu sentiasa dalam peliharaanNya,,
amiiin,,(^_^)




Khamis, 1 Mac 2012

HARI JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI



Sabda Rasulullah SAW: "Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani." 
(HR Bukhari)

KEUTAMAAN HARI JUMAAT


Hari Jumaat memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi SAW, diantaranya :

1) Hari Jumaat adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

2) Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jumaat dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

3) Hari kiamat akan terjadi pada hari Jumaat.

 Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat. pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini. 

[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafaz :

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jumaat ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

4) Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. 



Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".

[HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafaz :

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" 

[HR Muslim, no. 856]

5) Pada hari Jumaat ini terdapat saat-saat terkabulnya doa, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah waktu Asar. 



Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri solat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Baginda berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” 

[HR Muslim, no. 852] 


Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jumaat itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akhir saat-saat tersebut setelah waktu Asar"


PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUMAAT.



 Hari Jumaat, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, iaitu :

1) Solat Jumaat.

 Mengenai solat Jumaat ini akan dikupas beberapa hal berikut ini :


 a) Kewajiban menunaikan solat Jumaat.


 Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

 [Al Jumu’ah: 9]

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. 



Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Solat) Jumaat itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" 



Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) solat Jumaat" 

[HR Ad-Daruquthni.II/4] b).


 b) Keutamaan menunaikan solat Jumaat. 


Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mahu menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (solat) Jumaat, lalu ia solat sunat (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seketika (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu solat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jumaat tersebut dengan Jumaat lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari".

 [HR Muslim, no. 857]


 Dalam hadits yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar.

" [HR Muslim, no. 233]


c) Ancaman terhadap orang yang meninggalkan solat Jumaat.


 Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan solat Jumaat, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan solat Jumaat kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: 


Sabda Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam :

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sesungguhnya hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan solat Jumaat atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."

[ [HR Muslim, no. 856] 


Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"sesungguhnya saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami solat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (solat) Jumaat." 

[HR Muslim, no. 652]


 Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam :

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ



 "Barangsiapa meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya."


Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda :

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali solat Jumaat tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." 



d) Waktu pelaksanaannya. 


Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Zuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.

"Bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan solat Jumaat ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] 



Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya beberapa saat sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). 


Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan solat Jumaat?” Dia menjawab,”(Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan solat Jumaat, kemudian (selesai solat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir."
 [HR Muslim, no. 858]


Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah solat Jumaat sebelum matahari tergelincir. 


2) Khutbah Jumaat. 


a). Hukumnya.


 Khutbah Jumaat hukumnya wajib, kerana Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Sallallahu 'alaihi wa sallam :

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.



"Solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat."
 [HR Al-Bukhari, no. 605] 

Khutbah Jumaat ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan solat Jumaat yang dilakukan oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dan Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum solat.

Wallahu a'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...