- Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang
di dunia dan akhirat.
- Perbanyakkan
menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat
daripada menyebut dunia.
- Pilihlah
makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan
gerun.
- Sabar
menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu
sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya
perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur
yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
- Apabila
salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit,
kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh
malaikat dan dan dicintai Allah.
- Marah
adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh
itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
- Kasihanilah
anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau
akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak
yatim di akhirat.
- Berbuat
baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah
sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah
keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
- Banyakkanlah
amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan
pelindung kepada serangan iblis.
- Takwa
adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok
zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
- Iman
mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba
merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu
dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat,
istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
- Ingat
dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit
jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
- Khusyuk
secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah
khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
- Kubur
adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang
penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar
menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
- Kita
perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya
dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita
perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan
hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita,
hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu
lebih hebat daripada perang sabil.
- Sebesar-besar
keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan
keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
- Hati
adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar
kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh
iringan-iringan pasukan kebatilan.
- Ketahuilah
istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan
dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
- Ketahuilah
sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada
orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan
darjatnya di sisi manusia.
- Tafakurlah
sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti
pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan
pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
- Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di
dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
- Sesiapa
yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara
berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
- Kamu
seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti
(dihimpit) dengan tanah.
- Sesiapa
yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
- Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan
diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
- Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan
Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang
bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang
yang beriman.
- Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan
kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang
bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
- Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan
darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi
syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat
257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
- Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan
lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang
bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman
kepada jalan yang lurus."
- Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang
baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah
sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud,
sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan
mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan
ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Semoga Bermanfaat & Selamat Beramal,,,(^_^)
{ Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran
karangan Abdul Latip Talib }

Tiada ulasan:
Catat Ulasan