Rasulullah SAW
bersabda :
“ Seseorang itu
akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak
wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau
harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan
dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada
kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.”
Kesimpulan hadis :
-
1. Umpama berkawan
dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik
iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid,
selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi
bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan
buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang
dilarang oleh Allah.
2. Umpama berkawan
dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat
kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah
kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara
dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki
perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.
Oleh itu, ambillah iktibar, dan jangan tersilap
pilih kawan di dunia ini.
“ Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang
mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya
sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia
memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. “
::: Imam Umar bin Abdul Aziz ::::