Imam Al-Ghazali RA berkata Kawan dibahagikan
kepada 3 golongan :
1. Kawan yang pertama adalah kawan yang ada ilmu. Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa
bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali RA kata jangan lepas kawan
ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.
2. Kawan
yang kedua adalah dia tidak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu
dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali RA kata
jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat
kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.
3. Kawan
yang ketiga adalah dia tidak ada ilmu. Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu
dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia
menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi. Iman Al-Ghazali RA kata jangan kawan
dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan
takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa
kemaksiatan kepada Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan