Islam adalah petunjuk Allah SWT dengan ajaran-ajaran yang istimewa dan wajib dipelajari serta dikaji dengan mendalam,termasuklah bidang politik. Bagi menjamin keluhuran politik yang menjadi keperluan manusia secara fitrah dan mencapai objektif peranan manusia yang diletakkan di bumi oleh Tuhan Yang Maha Esa dan pencipta alam ini. Allah SWT menetapkan beberapa prinsip bagi menjadi landasan yang wajib ditaati secara menyeluruh.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum dikalangan manusia,hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri(orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulama’). Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara,hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah SWT dan hari akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya”.-an-Nisa’,ayat 58-59-
Ibnu Taimiyyah menghuraikan,bahagian pertama ayat ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang memerintah dan bahagian yang kedua adalah peranan yang perlu dilakukan oleh rakyat.
AKIDAH ISLAM
Politik Islam adalah berlandaskan kepada akidah tauhid (Allah SWT Yang Satu) dan menolak syirik (menyekutukan Allah). Ini bermakna kepercayaan kepada rukun-rukun Iman adalah bermula daripada beriman kepada Allah Yang Maha Esa sehinggalah Hari Akhirat. Iman dinyatakan juga dengan kepercayaan kepada seluruh yang datang daripada Allah SWT dan RasulNya,Nabi Muhammad SAW. Iman mengikat antara roh dan jasad supaya boleh mengendalikan kewajipan berpolitik secara ibadah yang mewajibkan tunduk dan patuh kepada Allah SWT dan Rasul secara mutlak dan diberi keizinan menggunakan kebijaksaan menangani perubahan dengan cara yang betul.
Firman Allah SWT :
“Allah SWT berjanji kepada orang-orang yang beriman di kalangan kamu, bahawa Dia menjadikan mereka orang-orang yang memerintah di bumi, sebagaimana Dia pernah mengurniakan kepada orang-orang yang terdahulu daripada mereka, Dia jadikan agama (Islam) yang diredhaiNya untuk mereka berkuasa, dan Dia menukarkan keadaan daripada ketakutan kepada keamanan. Mereka mengabdikan diri kepada Ku dan mereka tidak melakukan syirik terhadap Ku. Maka sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasik.”-an-Nur,ayat 55-
Akidah Islam yang menegakkan tauhid (Allah SWT Yang Satu) dan menolak syirik (menyekutukan Allah SWT) menjadi prinsip pertama kepada seluruh ajaran Islam. Akidah Islam juga menjadi syarat pertama sahnya sesuatu amalan bagi diterima Allah SWT menjadi amal soleh yang dijanjikan ganjaran pahala dan kurnia di Hari Kiamat. Syarat ini bukan sahaja syiar ibadah, tetapi ia termasuk juga mereka yang berpolitik sebelum dan selepas negara ditegakkan. Akidah Islam menjadi prinsip kepada sesebuah negara itu apabila didirikan, kerana urusan politik juga berada dibawah senarai perintah Allah SWT yang wajib di imani dan di amal mengikut hukum Allah SWT dan dihisab pada Hari Kiamat.
SYARIAH YANG BERKUASA
Ketinggian syariah Islam menjadi perlembagaan dan sumber perundangan yang berkuasa kepada pihak pemerintah. Ia juga adalah rukun penting kepada dasar dan objektif politik Islam.
Firman Allah SWT :
“Sebenarnya hukum (undang-undang) hanyalah bagi Allah SWT. Ia memerintah kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”-Yusuf,ayat 40-
Kuasa tertinggi syariah Islam yang menjadi prinsip politik Islam yang teguh bagi menjamin tertegaknya keadilan tanpa mengongkong akal dan pengalaman manusia dalam perkara yang baik serta memberi maslahat. Syariat memelihara hukum penting bagi kehidupan manusia seperti agama, nyawa, maruah, keturunan dan harta. Ini selaras dengan fitrah ciptaan Allah SWT bagi manusia itu dengan menyeluruh yang merangkumi aspek jasad, roh, individu, masyarakat dan hubungan mereka dengan makhluk yang lain. Perkara yang hanya boleh dipenuhi oleh ilmu Allah SWT yang tidak terhingga dan tidak mampu ditanggung oleh ilmu manusia yang terbatas.
Syariah Islam mengandungi perkara yang tetap (thawabit) dan hukuman putus (qat’iyyat) tanpa dapat dipinda. Ini termasuklah dalam perkara tingkah laku manusia, dasar alam yang tidak berubah dan masalah yang tidak mungkin boleh diselesaikan oleh manusia yang mempunyai kelemahan dan perkara ini adalah di luar batas akal dan ilmu mereka. Perkara ini bukan sahaja berkait dengan jasad manusia seperti bernafas, degupan jantung, denyutan nadi dan lain-lain tetapi dalam urusan alam semesta seperti naik turun matahari, musim, arah tiupan angin dan lain-lain adalah dibawah kekuasaan Allah SWT.
Oleh itu, dalam urusan kehidupan manusia, Allah SWT menegaskan hukum seperti halal dan haram, hukuman deraan qisas dan hudud dalam perkara jinayat mestilah patuh akan syariat Islam dan menjamin keadilan dan hak untuk semua pihak.
Syariah Islam yang bersumberkan dari pelbagai dapat memenuhi segala keperluan tempat, semasa, situasi dan reality dan sumbernya adalah:
1. Al-Quran
2. Hadis
3. Ijmak
4. Qias
Sesetengah Ulama Islam menambahkannya dengan:
5. Istihsan iaitu memilih yang terbaik dan hujah logik dalam sesuatu perkara hasil daripada pandangan yang berbeza.
6. Masolih Mursalah iaitu perkara mendatangkan kebaikan yang tidak ditetapkan oleh nas dan tidak pula menolaknya.
7. Uruf iaitu amalan masyarakat umum yang tidak bercanggah dengan nas dan lahir daripada pengalaman masyarakat yang baik dan diterima umum.
8. Syariat umat terdahulu boleh dijadikan sebagai pengajaran dalam perkara yang tidak ada nas membatalkan.
Syariat Islam member hak kepada penganut agama lain yang mempunyai undang-undang mereka sendiri.
Firman Allah SWT:
“Mereka itu (orang-orang Yahudi) adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong dan memakan yang haram (di antaranya wang rasuah). Maka jika mereka datang kepada kamu (bagi mereka membicarakan masalah mereka), maka lakukan hukuman kepada mereka atau biarkan sahaja (tidak membicarakannya). Sekiranya kamu berpaling daripada mereka,maka mereka tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepada kamu dan jika kamu menghukum mereka, maka hukumlah di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”-al-Maidah,ayat 42-
AMANAH
Prinsip amanah walaupun merangkumi segala aspek sudah dinyatakan secara khusus dalam aspek politik melalui al-Quran,
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah SWT memerintah kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya.”-an-Nisa’,ayat 58-
Ayat ini adalah satu rantaian yang disenaraikan dalam ayat urusan politik dan dihuraikan lagi oleh petikan-petikan lain yang mencakup sifat amanah apabila memilih pemimpin dan pemimpin itu juga menunaikan amanah. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
“Abu Hurairah r.a berkata, ‘apabila Nabi Muhammad SAW berada dalam sebuah majlis, dan bercakap kepada mereka yang berada disitu, tiba-tiba dating seorang badwi, dia terus bertanya, ‘Benarkah berlakunya Kiamat?’Nabi Muhammad SAW meneruskan percakapannya. Maka orang-orang yang hadir member berbagai-bagai tanggapan. Ada yang berpendapat, Nabi Muhammad SAW mendengar soalannya tetapi tidak senang dengan caranya. Ada pula yang berpendapat, Nabi Muhammad SAW tidak mendengar apa yang dikata. Tiba-tiba Nabi Muhammad SAW berkata, ‘Di manakah orang yang bertanya berkenaan Hari Kiamat? Jawabnya, ‘Ini dia! Saya wahai Nabi Muhammad SAW.’ Nabi Muhammad SAW berkata, ‘apabila dihilangkan amanah, maka ketika itu tunggulah berlakunya Kiamat.’ Dia bertanya lagi, ‘Bagaimanakah cara hilangnya amanah?’ Nabi Muhammad SAW berkata, ‘Apabila diserahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah berlakunya Kiamat,”
Amanah besar adalah mengurus politik, memimpin uamt dan melksanakan perintah Allah SWT dengan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT yang dinamakan Islam.
Hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Zar r.a:
“Saya bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, ‘Wahai Nabi Muhammad SAW! Mengapa saya tidak ditugaskan apa-apa jawatan?’ Nabi Muhammad SAW menjawab, ‘Wahai Abu Zar! Kamu seorang yang lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah dan sesungguhnya ia membawa kekecewaan dan penyesalan pada Hari Kiamat nanti, melainkan orang yang mengambilnya dengan benar dan menunaikan kewajipan yang ditugaskan kepadanya.”
Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW berkata:
“sesiapa yang mengendalikan sesuatu urusan kaum Muslimin, lalu dia melantik seseorang. Padahal dia dapati ada seseorang yang lain lebih layak daripadanya bagi kaum Muslimin, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah SWT dan RasulNya.”
Dalam satu hadis yang lain,
“Sesiapa yang menugaskan seseorang memegang sesuatu jawatan bagi mentadbir satu golongan, Padahal dia dapati ada di dalam golongan itu orang yang lebih diredhai (kelayakannya), maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah SWT, mengkhianati RasulNya dan mengkhianati orang-orang yang beriman.”
Jelaslah, Islam meletakkan perkara politik atau kewajipan memimpin dan mentadir adalah perkara amanah yang besar dalam perhitungan dosa dan pahala serta tanggungjawab yang diperhitungkna daripada dunia sehingga akhirat.
KEADILAN
Keadilan membawa makna meletakkan sesuatu pada tempatnya dalam semua urusan dan bukan sahaja dalam pembicaraan di mahkamah, malahan fungsi luas dalam semua perkara termasuklah dalam hak rohani dan kebendaan serta layanan dan bantuan. Allah SWT menjadikan keadilan itu sebagai salah satu daripada nama-nama yang terbaik bagi Allah SWT dan menjadi sifatnya yang terpuji dan wajib bagi Allah SWT serta mustahil Allah SWT itu bersifat sebaliknya. Maka keadilan Allah SWT terdapat di dalam hukum syariatnya.
Allah SWT mewajibkan Nabi Muhammad SAW dan umatnya berlaku adil semasa berpolitik dalam memimpin negara.
Firman Allah SWT:
“Dan apabila kamu menjalankan hukuman di kalangan manusia, hendaklah kamu melaksanakan hukuman itu dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada manusia.”-an-Nisa,ayat 58-
Keadilan Islam adalah mutlak dan menyeluruh. Maksud perkataan mutlak adalah tidak berbelah bahagi dan tidak ada pengecualian kerana keadilan juga wajib diberi kepada musuh. Sementara itu, perkataan menyeluruh adalah merangkumi segala aspek kehidupan manusia.
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah SWT lagi menerangkan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadapnsesuatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada semua dan semua keadaan), kerana ia lebih hampir kepada taqwa. Dan bertakwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”-al-Maidah,ayat 8-
Oleh kerana itu, Islam menentang sekeras-kerasnya dasar asabiyyah yang menjadikan teras kecintaan atau fanatik terhadap sesuatu kaum dan bangsa yang dijadikan sebagai akidah perjuangan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Bukan dari kalangan kami orang yang mengajak kepada asabiyyah, bukan dari kalangan kami orang yang berperang kerana asabiyyah, dan bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar asabiyyah.”
Mengikut riwayat hadis yang lain, ditanyakan kepada NAbi Muhammad SAW, apakah asabiyyah itu? Nabi Muhammad SAW berkata:
“Bahawa engkau menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.”
Asabiyyah itu adalah membela,membantu dan mempertahankan kaum serta bangsa waalaupun melakukan kezaliman terhadap kaum lain.
Allah SWT mengharamkan amalan menghina kaum dan orang lain.
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu mempersendakan kaum yang lain, mudah-mudahan kaum yang dipersendakan itu lebih baik, dan jangan wanita mempersendakan wanita lain, mudah-mudahan yang dipersendakan itu lebih baik, dan janganlah kamu menghina, dan member gelaran buruk (sesame kamu). Alangkah buruknya nama jahat dipakai lagi setelah beriman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yang fasik.”-al-Hujurat,ayat 11-
MESYUARAT
Islam mewajibkan mesyuarat.
Firman Allah SWT:
“Dan orang-orang yang menyahut perintah Tuhan mereka, lalu mereka mendirikan sembahyang dan urusan mereka dikendalikan dengan bermesyuarat di kalangan mereka dan mereka membelanjakan dari apa yang kami rezekikn bagi mereka.”-asy-Syura,ayat 38-
Ayat ini menyatakan mesyuarat bersama sembahyang dan membelanjakan harta. Diwajibkan bermesyuarat bagi menunjukkan pemimpin tidak berkuasa penuh dan konsep ini tidak mengongkong kebijaksanaan seseorang pemimpin. Dengan bermesyuarat juga tidak membenarkan kebijaksanaan itu dilakukan bagi tujuan menipu tetapi mengawalnya kerana setiap manusia tetap ada kelemahannya walaupun dia mempunyai kebijaksanaan dan ilmu yang tinggi.
Allah SWT berkata secara khusus kepada Nabi Muhammad SAW yang menjadi model pemimpn umat,
“Dan jika engkau bersikap kasar dan keras hati terhadap mereka, mereka lari dari keliling mu, maafkan mereka, beristighfar bagi mereka dan bermesyuarat dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah bertekad dengan keazaman, tawakkallah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT mengasihani orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”
Perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW menunjukkan berlakunya perbincangan (syura) dengan para sahabat dalam beberapa perkara urusan ibadah dan kehidupan khususnya dalam bidang politik. Apabila berlakunya peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW, para sahabat melakukan mesyuarat tergempar bagi memilih pengganti Nabi Muhammad SAW untuk mengendalikan urusan politik negara. Begitu juga, para Khulafa’ ar-Rasyidin, apabila wujudnya masalah yang tidak ada petikan daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW, mereka bermesyuarat bagi mencari di kalangan para sahabat yang dapat mengemukakan petikan atau memahami sesuatu petikan umum yang tidak jelas dan pandangan ijtihad dalam perkara yang tidak ada petikan.
KEAMANAN DAN KESELAMATAN
Allah SWT menegaskan perkara keamanan dan keselamatan dalam beberapa ayat al-Quran. Diantaranya adalah disebut secara nyata dalam senarai dasar dan konsep negara yang di kurnia dengan pertolonganNya kepada golongan yang beriman dan beramal soleh bagi menegakkan Islam.
Firman Allah SWT:
“Dan Dia menukarkan keadaan daripada ketakutan kepada keamanan.”-an-Nur,ayat 55-
Ayat diatas dikuatkan lagi hujahnya dengan hadis ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Demi Allah! Sesungguhnya Dia akan menyempurnakan urusan agama ini (mencapai kejayaan memerintah), sehingga orang yang musafir dari sana’a ke hadhramaut, tidak takut lagi melainkan kepada Allah SWT dan serigala yang mengganggu kambingnya.”
Hadis itu menunjukkan kejayaan pemerintah Islam melaksanakan undang-undang yang hebat dan menggerunkan penjenayah sehingga berlakunya keamanan. Dunia hari ini menghadapi kegagalan undang-undang ciptaan manusia dengan meningkatnya kadar jenayah dan cara melakukannya kejam seperti mencabul nyawa, maruah dan harta sehingga manusia berada dalam ketakutan.Demikian juga, ketakutan kepada kerajaan kerana kezalimannya dengan pelbagai tindakan yang tidakn kena pada tempatnya. Dosanya lebih besar kerana kezaliman ini sukar dibendung.
Nabi Muhammad SAW bersabda diantara perkara yang memusnahkan dunia adalah,
Nabi Muhammad SAW bersabda diantara perkara yang memusnahkan dunia adalah,
“Dihormati seseorang itu kerana takutkan kejahatanya.”
Islam memberi kelebihan ganjaran yang baik kepada yang berjuang di jalan Allah SWT iaitu individu yang berani mengkritik kerajaan yang zalim.
Di dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW bersabda,
Di dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Jihad yang lebih afdhal (besar ganjarannya) ialah berucap kalimah adil di hadapan orang yang memerintah dengan zalim.”
Adapun perdamaian pula adalah Islam sendiri dimulakan dengan berdepan secara damai dan menyebarkan pengaruhnya, tanpa paksaan dan bersabar menghadapi kezaliman. Begitu juga, politik Islam yang menegakkan negara pertama bermula dengan cara damai. Golongan Muhajirin (orang Mekah yang berpindah ke Madinah) yang pernah dizalimi, ditindas serta diperlakukan dengan cara zalim, mereka tetap bersabar dengan tidak bertindak secara kekerasan. Mereka dating dari Mekah dan bersaudara dengan kaum Ansar yang berasal dari Madinah dan menjalinkan persefahaman (tahalluf) dengan masyarakat bukan Islam khusunya di kalangan orang Yahudi. Walaupun selepas itu datangnya perintah berperang kerana menghadapi muasuh yang menggunakan kekerasan.
Firman Allah SWT:
“Dan jika sekiranya (musuh) itu cenderung kepada perdamaian, kamu juga hendaklah cenderung kepadanya, dan bertawakkal kepada Allah SWT, seseungguhnya Allah SWT itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipu, maka cukup Allah SWT yang menjaga dan memberi perlindungan kepada kamu dengan pertolongannya dan (sokongan) orang-orang yang beriman.”-al Anfal,ayat 61-62-
Suasana perdamaian diutamakan kerana perdamaian memberi peluang terbuka bagi berbincang dengan hujah yang baik dan kejayaan menarik seseorang kepada Islam adalah sangat besar faedahnya.
Nabi Muhammad SAW berkata kepada Ali Abu Talib semasa ditugaskan memerangi orang-orang Yahudi yang mengancam Islam dan negara Islam,
Nabi Muhammad SAW berkata kepada Ali Abu Talib semasa ditugaskan memerangi orang-orang Yahudi yang mengancam Islam dan negara Islam,
“Jalankan tugas dengan tenang sehingga engkau berada di halaman mereka, kemudian mengajak mereka kepada Islam dan beritahu kepada mereka perkara yang wajib daripada hak Allah SWT yang mesti ditunai, Demi sesungguhnya kejayaan mu menyebabkan seseorang itu mendapat hidayah daripada Allah SWT adalah lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal harganya.”
Islam menerima dan menjalin hubungan antarabangsa sejak dahulu lagi iaitu memberi jaminan keselamatan kepada utusan negara asing. Apabila utusan Musailamah al-Kazzab yang sudah murtad dan mengaku menjadi nabi dating ke Madinah membawa suratnya, Nabi Muhammad SAW menegaskan kepada sahabatnya supaya jangan membunuhnya. Ini kerana situasinya adalah sebagai wakil utusan. Islam menerima masyarakat umum dan tidak membenarkan membunuh wakil utusan.
Firman Allah SWT:
“Dan sekiranya seseorang dikalangan orang bukan Islam meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya, sehingga dia mendengar kalam Allah SWT ( dakwah), kemudian sampaikan dia ke tempat yang aman.”-at-Taubah,ayat 6-
KEBEBASAN
Kebebasan yang dimaksudkan ialah mengikut fitrah manusia yang berakal, mempunyai roh dan jasad, individualistic dan bermasyarakat serta berhubung dengan makhluk dan alam sekitar yang berada disekeliling mereka.Dalam aspek agama, Islam tidak membenarkan paksaan dalam beragama. Oleh itu, penganut agama lain dibenarkan menganut dan beramal dengan ajaran mereka. Mereka tidak boleh diganggu atau dilarang melakukan perkara yang dibenarkan oleh agama mereka.
Dalam kebebasan berfikir, Islam menerima ilmu dan kepakaran daripada mereka yang bukan Islam dengan cara yang dihormati. Nabi Muhammad SAW semasa hijrah, baginda menggunakan kepakaran seorang musyrik yang arif dalam kawasan-kawasan yang selamat di padang pasir sehingga selamat sampai di Madinah.Islam juga memberi kebebasan bersuara termasuklah kebebasan menegur kerajaan dan pemimpin.
Islam sudah berjaya menghapuskan penggunaan hamba abdi di kalangan masyarakat jahiliah di seluruh dunia dengan sebab peperangan dan penjajahan.Islam menyuruh supaya setiap hamba dilayan seperti keluarga sendiri dengan nafkah yang cukup dan haram membebankan dengan kerja yang diluar kemampuannya. Islam menetapkan dosa besar kepada sesiapa yang menyeksanya dan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang berlaku baik terhadapnya. Lebih besar pahalanya apabila hamba itu di bebaskan.
Politik Islam menjamin segala kebebasan yang perlu bagi kehidupan manusia dalam pelbagai aspek. Ia bermula daripada menganut agama yang menjadi keperluan roh sehingga menggunakan akal fikiran, berilmu,berpolitik, berekonomi dan bekerja bagi memenuhi keperluan hidup di bumi Allah SWT ini. Kerajaan bertanggungjawab mengawasi batas sempadan supaya tidak bercanggah diantara satu sama lain dan ini dilakukan dengan menyemai kesedaran dan mengadakan kawalan undang-undang.
KEPIMPINAN YANG BERWIBAWA
Islam menentukan seorang pemimpin perlu mempunyai kewibawaan dalam aspek ilmu, akhlak dan bijaksana. Oleh itu didalam al-Quran menyebut seorang pemimpin dengan perkataan “Ulil Amri”.
Ulil Amri bermaksud orang yang mengendalikan urusan-urusan politik, memimpin dan memerintah. Para Ulama’ keseluruhan mazhab Islam menetapkan syarat-syarat kelayakan menjadi pemimpin. Antaranya adalah wajib memenuhi kelayakan akidah, akhlak yang mulia dan ilmu yang tinggi serta peribadinya yang dihormati dan dipatuhi. Syarat yang dipenuhi secara individu dan kumpulan. Syarat yang tidak boleh dijual beli dengan harta kekayaan.
Allah SWT menegaskan perkara yang wajib dilakukan oleh manusia yang memerintah adalah dengan membentuk diri pemimpin itu sendiri dan masyarakatnya.
Firman Allah SWT:
“Orang-orang yang kami bolehkan mereka memerintah bumi, mereka mendirikan sembahyang, mereka menunaikan zakat dan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, dan bagi Allah SWT sahaja akibat segala urusan.” –al-Hajj,ayat 41-
KEPATUHAN
Islam bukan sahaja mensyaratkan seorang pemimpin perlu mempunyai sifat yang baik dan berlaku baik tetapi rakyat juga dikehendaki taat dengan syarat yang tidak menjadikan rakyat itu hamba yang mengagungkan pamimpin seperti Tuhan. Ini kerana seorang pemimpin masih mempunyai kelemahan sebagai seorang manusia. Oleh itu, ketatan itu adalah dengan syarat dan batasan.
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah kamu kepadaRasul dan Ulil Amri (orang-orang yang mengendalikan urusan) dikalangan kamu. Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara, maka kembalikan penyelesaiannya kepada Allah SWT (al-Quran) dan Rasul (sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat. Itulah yang terbaik dan penyelesaian yang baik.”-an-Nisa’,ayat 59-
Ayat ini dihuraikan dalam satu hadis. Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Mendengar dan mentaati itu adalah benar (wajib) selagi tidak disuruh perkara maksiat. Apabila disuruh perkara maksiat maka tidak dibenarkan dengar dan taat lagi.”
Islam mengkehendaki rakyat mentaati, membantu, mendukung dan mempertahankan pemerintah yang menunaikan kewajipannya dengan adil dan betul mengikut hukum Allah SWT. Rakyat juga diminta bersabar apabila berlaku kekejaman dan hendaklah menghadapinya dengan berani. Sesiapa yang berani menegur diberi ganjaran pahala seperti orang yang berjuang dijalan Allah (jihad).
Nabi Muhammad SAW bersabda;
Nabi Muhammad SAW bersabda;
“Jihad yang paling afdhal (besar ganjarannya) ialah berucap kalimah adil di hadapan pemimpin yang memerintah dengan kejam.”
KESAMAAN
Allah SWT mengisytiharkan konsepnkesamaan dikalangan manusia dari aspek kejadian dan prinsip tanggungjawab atau menunaikan kewajipan. Perbezaan berlaku dari aspek sejauh mana mereka menuniakan kewajipan itu kerana wujudnya perbezaan kemampuan roh dan jasad. Terdapat juga perbezaan tugas kerana perbezaan kejadian natural dalam beberapa aspek dan persamaan dalam beberapa aspek yang lain. Namun begitu, tidak boleh dibezakan dari segi keadilan dan hak, ini kerana adanya perbezaan jantina, bangsa, pangkat dan harta. Hanya Allah SWT sahaja yang menentukan kemuliaan di sisiNya.
Firman Allah SWT:
“Wahai manusia! Sesungguhnya kami sudah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling milia di kalangan kamu di sisi Allah SWT ialah yang paling bertaqwa di kalangan kamu, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui dan Maha Tahu segala-galanya.”
Dalam sudut berpolitik, Islam mendahului Barat lebih seribu tahun yang lalu yang melibatkan wanita dan segala bangsa dalam politik.
Firman Allah SWT:
“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan orang-orang beriman wanita, mereka bertolong menolong di antara satu sama lain. Mereka menyuruh kepada yang baik, mereka mencegak kemungkaran, mereka menuniakan zakat, mereka mentaati Allah SWT dan RasulNya. Mereka itulah akan dirahmati Allah SWT dan Allah SWT itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”-
Secara praktikalnya, mereka termasuklah wanita dan hamba yang terlibat dalam perjuangan sejak awal Islam. Mereka dilibatkan dalam Bai’ah (perjanjian) yang menjadi asas kepada pengisytiharan negara Islam yang pertama. Seterunya, mereka terlibat dalam beberapa majlis mesyuarat, kegiatan ekonomi dan lain-lain tanpa menjejaskan tugas-tugas rumah tangga yang menjadi urusan harian mereka.
Mereka yang pernah menjadi hamba abdi apabila dibebaskan oleh Islam, boleh memegang jawatan dalam negara. Ini termasuklah jawatan yang paling tinggi. Dalam sejarah Islam ada diantara mereka yang menjadi khalifah yang menegakkan kerajaan Mamalik di Mesir, Kerajaan Ayyubiyyah, Othmaniyyah dan lain-lain. Ada juga di kalangan mereka menjadi Ulama’ Islam yang ter kenal yang disanjung oleh Umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan