Isnin, 3 Januari 2011

SYURGA DAN NERAKA

Diriwayatkan oleb Abu Yu'la dan Ibni Umar bahawa pada suatu hari Rasulullah saw berkhutbah lalu berwasiat"Jangan kamu lupa tentang dua perkara hebat iaitu Syurga dan Neraka."kemudian baginda menangis sehingga mengalir air mata baginda dan membasahi janggutnya.Katanya lagi"Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad dalam kekuasaanNya,sekiranya kamu mengetahui akan apa yang aku ketahui tentang akhirat pasti kamu akan naik ketempat yang tinggi dan akan menaburkan tanah keatas kepala mu."

1.SYURGA
Rasulullah bersabda:"Allah menyediakan satu tempat untuk hamba-hambaku yang soleh iaitu apa yang tidak pernah mata melihatnya ,tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terbayang  dalam hati seseorang.Bacalah olehmu jika kamu suka,maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi disebalik matanya."(hadis riwayat Bukhari).

TINGKATAN ( JENIS SYURGA)

Syurga Firdaus
iaitu syurga yang disediakan yang umumnya untuk orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh:
-Sentiasa khusyuk dalam mengerjakan sembahyang
-menjauhkan maksiat dan perbualan tidak berguna
-membayar zakat.
-orang yang menjaga kemaluannya dari berbuat maksiat
-memelihara amanah dan menepati janji
-memelihara solat

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya beruntunglah orang orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya,dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak berguna.Orang-orang yang menunaikan zakat,orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki,maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela.Maka barang siapa yang mencari yang sebalik itu mereka itulah orang-orang yang melampaui batas,Dan  orang-orang yang memelihara amanah yang dipikulnya dan janjinya.serta orang-orang yang memelihara solatnya.mereka itu orang orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus.mereka kekal didalamnya.(al mukminun 1-11)

Syurga Addin
Iaitu syurga yang disediakan umumnya buat mereka yang bertaqwa pada Allah swt ,beriman dan beramal soleh sentiasa membuat kebajikan dan orang yang sabar dalam mencari keredhaan Allah swt.

Firman Allah swt bermaksud:
"Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertaqwa"apakah yang telah diturunkan oleh tuhanmu? Mereka menjawab"Kebaikan orang-orang yang berbuat baik didunia mendapat balasan yang baik dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik baik tempat orang yang bertaqwa,syurga Addin  yang mereka masuk ke dalamnya yang mengalir dibawahnya sungai-sungai didalam syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki.Demikian Allah memberikan balasan kepada orang orang yang bertaqwa"(An-Nahl-30-31)

"Dan barang siapa yang datang kepada tuhannya dalam keadaan beriman dan bersungguh sungguh telah beramal soleh maka mereka itulah orang-orang yang telah memperolehi tempat yang tinggi lagi mulia iaitu syurga Addin yang mengalir sungai-sungai dibawahnya .mereka kekal didalamnya Dan itu balasan bagi orang-orang yang bersih dari kekafiran dan kemaksiatan"(Thaha75-76)

"Dan diantara mereka ada pula orang-orang yang lebih dahulu berbuat kebajikan dengan izin Allah.Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar.Bagi mereka syurga Addin yang mereka masuk ke dalamnya,didalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dengan mutiara dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera."(Al Fatir-32-33).

"Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Allah mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka secara tersembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan.Orang-orang itulah yang mendapat kesudahan yang baik iaitu Syurga Addin,Mereka masuk bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan bapa-bapanya,isteri-isterinya dan anak cucunya sedangkan mereka masuk ketempat itu dari semua pintu."(ArRa'd 22-23.)

Syurga Nai'm
Iaitu syurga disediakan umumnya buat mereka yang sentiasa mengerjakan perintah Allah beriman dan beramal soleh.

Firman Allah swt bermaksud:
"Sesungguhnya  bagi orang orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang penuh nikmat(Na'im) disisi tuhanya,"(Al Qalam 34)

"Sesungguhnya orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,Bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan (Nai'm)",(Luqman 8 )

Syurga Ma'wa
Iaitu syurga yang disediakan bagi mereka yang bertaqwa serta memiliki iman yang kuat dan sentiasa menjaga hawa nafsu.

Firman Allah swt bermaksud:
"Sedangkan dekatnya ada syurga Ma'wa(An Najm 15)
"Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh,maka mereka memperolehi syurga-syurga Ma'wa sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan ."(As sajadah 19 )
"Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Allah dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya ,maka sesungguhnya bagi mereka adalah syurga Ma'wa"( Ann Nazi'at 40-41 )

Syurga Darussalam
Iaitu untuk orang yang kuat imannya dan islamnya serta melakukan amal soleh semata-mata kerana Allah Taala.

Firman Allah swt bermaksud:
"Dan inilah jalan yang lurus.Sesungguhnya kami telah menjelaskan ayat-ayat kami kepada orang-orang yang memerhatikan .Bagi mereka syurga  Darussalam  pada sisi tuhannya dan Dialah pelindung mereka disebabkan amal amal soleh yang selalu mereka kerjakan "(An Na'm 126-127 )

Syurga Darul Muqamah
Iaitu untuk orang yang mengerjakan kebaikan sangat banyak dan sangat jarang melakukan kesalahan.

Firman Allah swt bermaksud:
"Mereka berkata"Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami .Sesungguhnya tuhan kami benar-benar maha pengampun lagi maha bersyukur.Yang menempatkan kami dalam syurga Muqamah iaitu merupakan kurnianya.Didalamnya kami tiada merasa letih dan tiada pula merasa lesu."(Fathir 34-35)

Syurga Al Maqamul Amin
Iaitu khusus untuk orang-orang yang bertaqwa.

Firman Allah swt bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam syurga Maqamul Amin(Ad Dukhan  51 )

Syurga Khuldi
Iaitu untuk para muttaqin.

Firman Allah swt bermaksud:
"Katakanlah apa azab yang demikian .itukah yang baik atau syurga Khuldi yang kekal yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa,Dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka ."(Al Furqan 15 )

2.NERAKA
Perkataan neraka berasal dari bahasa ibrani yang bererti unggun api ,Pada hakikatnya neraka  adalah tempat seksaan bagi mereka yang berdosa (jin dan manusia ) kepada Allah swt.Di dalam Al Quran ada juga disebut sebagai NAR atau Narul JAHANAM.

Dari Abu Hurairah r a bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
 "Api neraka itu dinyalakan hingga 1000 tahun hingga menjadi merah,kemudian diyalakan lagi diatasnya selama 1000 tahun hingga menjadi puteh,kemudian dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga menjadi hitam maka ia menjadi hitam dan gelap.''( Hadis riwayat Tirmizi )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...