Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran
yang sering dilakukan manusia iaitu :-
1) Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2) Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3) Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak
bermanfaat dan tidak diredai Allah.
4) Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5) Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6) Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi
cinta kepada-Nya.
7) Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
8) Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada
agama.
9) Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan