Selasa, 19 Mac 2013

DEFINISI TAQWA MENURUT SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH


SABAN minggu khatib dalam khutbahnya mengingatkan mengenai ketakwaan kepada Allah. Persoalannya, adakah kita faham erti takwa?

Dalam bahasa Arab, perkataan ‘takwa’ berasal dari kata kerja ‘ittaqa’ bermaksdu ‘berwaspada dan berjaga-jaga’ atau ‘takut kepada Allah dan menjauhi segala larangan-Nya’.
Ittaqa juga bermaksud ‘menjadikannya pelindung daripada sesuatu perkara’.

Jelaslah, takwa bukan saja membawa maksud takut kepada Allah, malah menjadikannya pelindung dan pemelihara kita daripada sebarang perkara buruk dan bahaya.

Ketinggian tahap takwa amat jelas apabila ia dijadikan ukuran kepada pemilihan hamba Allah S.W.T yang dipandang mulia di sisi-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya), sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13).



Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib KW tentang apa itu taqwa. Beliau menjelaskan bahwa taqwa itu adalah :

1. Takut (kepada Allah) yang diiringi rasa cinta, bukan takut kerana adanya neraka.

2. Beramal dengan apa yang diturunkan yakni Al-quran iaitu bagaimana Al-quran menjadi pedoman dalam kehidupan sehari-hari seorang manusia.

3. Redha dengan yang sedikit, ini berkaitan dengan rezeki. Bila mendapat rezeki yang banyak, siapa pun akan redha tapi bagaimana bila sedikit? Yang perlu disedari adalah bahawa rezeki tidak semata-mata wang ringgit dan harta.

4. Orang yang menyiapkan diri untuk “perjalanan panjang”, maksudnya adalah hidup sesudah mati.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...